Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ro.boh] | روبوه

Definisi : 1. jatuh ke bawah kerana rosak (rumah, jambatan, tembok, dll), runtuh: rumah-rumah yg tinggal ini habislah ~ dan pecah-pecah; 2. tumbang, rebah (pokok dll); 3. ki jatuh atau runtuh (negara, kekuasaan, dll); 4. ki luntur (iman, pendirian, keyakinan, dll), berkurang; merobohkan 1. meruntuhkan (rumah, tembok, dll); 2. menumbangkan, merebahkan (pokok dll); 3. menjatuhkan (pemerintahan, ke­kua­saan, dll); 4. membinasakan, me­luntur­kan (iman, pendirian, harapan, dll); robohan sisa-sisa rumah (bangunan dll) yg runtuh, runtuhan: madrasah tersebut dibina di atas ~ madrasah yg lama; kerobohan perihal atau keadaan roboh, ke­runtuhan: berita ~ benteng pertahanan medan perang kedua Melayu di Pagoh diterima dgn rasa terkejut dan penuh dukacita oleh Tun Biajid; perobohan perihal atau perbuatan me­roboh­kan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ro.boh] | روبوه

Definisi : 1 jatuh atau rebah kerana dipukul ribut dll; musnah; runtuh; tumbang: Rumah-rumah di tepi laut itu telah habis ~ dipukul ribut. 2 ki jatuh (dlm berbagai-bagai erti spt bankrap, kalah); luntur (bkn iman atau pendirian). merobohkan 1 meruntuhkan (rumah dll). 2 menumbangkan (pokok dll). robohan sisa drpd sesuatu yg telah roboh; runtuhan. kerobohan keadaan atau hal roboh. perobohan perbuatan atau hal merobohkan: ~ rumah-rumah setinggan telah dijalankan secara berperingkat-peringkat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
roboh (kata kerja)
Bersinonim dengan runtuh, tumbang, rebah, reban, terban, terbis, terjelabak, rahak, amberuk, amberol;,
Kata Terbitan : merobohkan,

Puisi
 

Kalau roboh Kota Melaka,
     Ambillah pedang menyabit rumput;
Kalaulah sungguh menahan cinta,
     Laksana kapal dipukul ribut.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Biar merangkak jangan menjalar.

Bermaksud :

Lebih baik rosak sedikit asal jangan rosak semuanya; sebelum sesuatu kemelaratan itu menjadi besar baiklah diusahakan untuk menghindarkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Biar miring asal jangan tertelungkup; atau Biar rebah jangan roboh, atau Biar serpih jangan tumbang; atau Biar sipi asal jangan tepat [= sesat]; atau Biar terletak asal jangan terhempas; atau Biar terselar jangan terbakar hangus; atau Biar terteleng asal jangan tertungkup).

 

Lihat selanjutnya...(2)

615

There is strength in numbers

Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian.

Bersatu (kita) teguh, bercerai (kita) roboh*.

We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed there is strength in numbers, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down.

Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa bersatu teguh, bercerai roboh. Oleh itu kami beramai-ramai memulaukan daging ayam dengan harapan harganya akan turun. Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Rumah buruk pintu sembilan, Nanti roboh tidakkan roboh; Laksana pungguk rindukan bulan, Nanti jatuh tidakkan jatuh.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Roboh tiang runtuhlah rumah, Ke mana lagi hendak berteduh; Bodh orang runtuhlah maruah, Ke mana pergi tidak senonoh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau roboh Kota Melaka, Ambillah pedang menyabit rumput; Kalaulah sungguh menahan cinta, Laksana kapal dipukul ribut.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau roboh Kota Melaka, Papan di Jawa saya dirikan; Kalau sungguh bagai dikata, Nyawa dan badan saya serahkan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buluh betung ditebang roboh, Batang berguling tabur bertabur; Sungguh beruntung orang bodoh, Orang berunding awak tertidur.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Rosak tiang dimakan rayap, Lambat-laun tentulah roboh; Rosak orang makan menyelap, Lambat-laun tentu bergaduh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Hendak berjalan jambatan panjang, Orang bertukang jambatan roboh; Adik berdoa umur panjang, Selagi hayat kita berjodoh.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Aku suka berumah tinggi, Pelantar besar sudah roboh; Aku suka beranak tiri, Anak besar senang disuruh.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Barat daya kencang semalam, Tongkat patah titian roboh; Apalah daya bujang semalam, Mengembang bunga di wajahnya subuh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Batang pinang sudahlah patah, Tak lama lagi tentulah roboh; Orang kusayang sudah menikah, Ke mana lagi dagang berteduh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas