Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rokok

Puisi
 

Hisap rokok di atas batu,
     Keluar di hidung asap apinya;
Jalak berkokok biring tak tahu,
     Tedung pula jaga dirinya.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Menguap-nguap bagai ikan kekeringan.

Bermaksud :

Sangat ketagih (minuman, candu, rokok dan sebagainya).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Serindit bulunya bengkok, Bengkok sampai ke jari kaki; Minta sirih diunjuk rokok, Kalau rokok mana api?Kurik Kundi Merah SagaAdat
Yang rokok tentu dihisap, Untuk melepas rasa tagihnya; Sedang seronok mahu mendekap, Kentut terlepas patah hatinya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Hisap rokok di atas batu, Keluar di hidung asap apinya; Jalak berkokok biring tak tahu, Tedung pula jaga dirinya.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Hisap rokok dalam kelambu, Terbit asap menjadi abu; Saya umpama golok kayu, Tetak tak lut gadai pun tak laku.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Sayang rokok hisap di mulut, Asap dia gulung ke pipi; Tuan bercakap manis di mulut, Saya mendengar pedih di hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hisap rokok tembakau Jawa, Asap keluar berbunga-bunga; Tumpang bertanya si baju kasa, Tumpang bertanya siapa nama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hisap rokok tembakau Cina, Terbit asap berbunga-bunga; Wahai adik abang nak tanya, Apakah penyakit tidur tak lena?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang sasau buat kerja, Hisap rokok asap berkepul; Kalau pisau kurang baja, Makin diasah makin tumpul.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Burung tekukur terbang ke Jeddah, Bubuk padang sehelai tak layu; Sirih sekapur tanda penyudah, Rokok sebatang bercerai lalu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau cik tuan selasih dani, Ayam kokok Tanjung Jati; Kalau cik tuan kasihkan kami, Hulurkan rokok dengan api.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
12

Kembali ke atas