Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ro.na] | رونا

Definisi : 1. warna: berkain batik lepas ~ biru tua; 2. warna muka, roman muka: ~ mukanya berubah menjadi marah; hilang ~ kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang prb orang yg tidak berwang dipandang rendah; serona sewarna, serupa; berona berwarna, berupa elok warnanya (rupanya); meronai menjadikan sesuatu menarik atau mengghairahkan: cerpen-cerpennya sentiasa dironai oleh aneka latar sosial; meronakan memberikan rona, me­warna­kan: karya sastera yg bernada protes dlm masyarakat Melayu turut ~ corak dan bentuk sastera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rona

Peribahasa

Jikalau tiada rial di pinggang,
     saudara yang rapat menjadi renggang.

Bermaksud :

Orang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang rona kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Gunung Aluk guntur melintang, Mari nampak Kuala Sejarai; Panjang kecil rona memandang, Tempat baju kuning suara tak sampai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas