Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ruas.ruas] | رواس٢

Definisi : sj tumbuhan (pokok kecil), limau, melimau, penawar putih, Gelonium glo­merulatum; ~ jantan sj tumbuhan (pokok renek), Daphniphyllum laurinum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ruas-ruas

Puisi
 

Ambil karung mengisi ruas,
     Pengikatnya pula tali guni;
Adik turut hamba tak puas,
     Cuma abang tak insafkan diri.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Terentak ruas ke buku.

Bermaksud :

Hilang akal, tidak ada daya upaya lagi.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Buku tebu beruas-ruas, Hendak dikunyah tiada dapat; Hatiku rindu bercampur cemas, Awak cinta orang tak ingat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Biarlah batang beruas-ruas, Kita memilih batang berlumut; Biarlah orang berkeras-keras, Kita memilih nan lemah lembut.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tanam tebu beruas-ruas, Tanam dari tepi telaga; Lautan lebar bukankah luas, Kenapa kapal selalu berlaga?Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Ambil karung mengisi ruas, Pengikatnya pula tali guni; Adik turut hamba tak puas, Cuma abang tak insafkan diri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas