Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ru.gi] | روݢي

Definisi : 1. (dijual dll) lebih rendah drpd harga pokok, tidak mendapat keuntungan: jika suatu perniagaan itu ~, akan tibalah masa­nya modal utk menjalankan perniagaan itu habis; jatuh (menanggung, menderita) ~ tidak beroleh keuntungan; ~-~ untung walau­pun rugi ada baiknya juga; 2. kesusutan modal (kerana menjual lebih rendah drpd harga pokok): berjual beli getah pd masa ini akan mendatangkan ~; dia tidak sanggup lagi menanggung ~; ganti ~ = silih ~ wang dll sbg pengganti sesuatu yg rosak (hilang dll), pam­pas­­an; kira-kira untung ~ kira-kira yg me­nunjukkan untung dan rugi sesuatu per­niagaan; 3. tidak mendapat faedah (man­faat), tidak ada gunanya, sia-sia sahaja: ia berasa ~ datang menonton pertunjukan itu kerana apa yg disaksikannya adalah hasil seni yg amat murah; 4. sesuatu yg kurang baik (tidak berfaedah), mudarat: tidak ada ~nya kalau awak masuk belajar lagi di sekolah malam; 5. hilang, habis (wang dll): ia ~ kira-kira RM300 kerana menolong kawannya ber­kahwin; ~ barang (tempoh, tenaga, wang) habis barang (tempoh, tenaga, wang); ~ atas kertas kerugian akibat penurunan harga sesuatu sekuriti atau aset yg belum nyata kerana tidak dijual; ~ modal kerugian yg ditanggung drpd penjualan sesuatu sekuriti atau aset akibat drpd penurunan harga; ~ menen-tang laba, jerih menentang boleh prb harus bersusah payah (merugi dll) dahulu utk men-dapat sesuatu yg dikehendaki; berugi, merugi menanggung rugi: siapa pula lagi yg akan ingat kepadaku, akan suka be­rugi-rugi sebanyak ini; siapa yg mahu ~?; tak mahu ~ (merugi) tidak mahu mengeluarkan wang (tenaga dll) dgn cuma-cuma; apa guna ~ apa guna bersusah payah (mengeluarkan belanja dll); merugikan 1. menjadikan rugi, men­datang­kan rugi (kpd): pemogokan kereta api yg ber­­­jalan selama tiga bulan telah ~ per­usa­haan itu berpuluh-puluh juta ringgit; ber­juta-juta ringgit hasil petani telah di­rugikan oleh sistem padi kunca; 2. sengaja menjual lebih rendah drpd harga pokok, sengaja me­rugi: kerana menerima ceng­keram, petani-petani kita ~ hasil pertanian mereka; 3. mem­­bawa akibat dll yg kurang baik (kpd): dirasainya tidaklah ~ kiranya ia terus belajar di sekolah malam; aku tidak sekali-kali ber­niat hendak ~ hidupmu; kerugian 1. mengalami (menanggung, men­derita) rugi: dlm masa enam bulan sahaja perniagaannya ~ sejumlah RM100 000; apa pun dasar yg dijalankan, kitalah juga yg ~ besar; 2. banyaknya atau jumlah perolehan yg kurang apabila dibandingkan dgn modal yg telah dibelanjakan, lwn keuntungan, rugi: berapa besar ~nya? 3. sesuatu yg merugikan (spt kerosakan dll): besarlah ~ yg akan me­nimpa mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ru.gi] | روݢي

Definisi : 1 tidak mendapat keuntungan; dijual dgn harga yg lebih rendah drpd harga pokok: Apa gunanya berniaga kalau selalu ~? 2 tidak memberi faedah atau kebaikan; sia-sia saja: Dia berasa ~ mengikuti kursus itu kerana apa-apa yg diajarkan dlm kursus itu sudah dipelajarinya dahulu. berugi mendapat rugi; menanggung rugi: Apa guna ~-rugi mengeluarkan belanja yg banyak utk majlis perkahwinan itu? merugikan 1 menyebabkan rugi; mendatangkan rugi: Pemogokan itu telah ~ syarikat tsb berjuta-juta ringgit. 2 membawa atau mendatangkan sesuatu yg tidak baik: Tidaklah ~ jika ia terus belajar di sekolah malam. kerugian 1 menanggung atau menderita rugi: Dlm masa enam bulan saja, syarikat itu telah ~ lima puluh ribu ringgit. 2 keadaan atau hal rugi; lw keuntungan: ~ ditaksir sebanyak setengah juta ringgit. 3 sesuatu yg mendatangkan rugi: Kematiannya itu merupakan suatu ~ yg besar kpd negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rugi (adjektif)
Bersinonim dengan bankrap, muflis, tidak untung;,
Kata Terbitan : berugi, merugi, merugikan, kerugian,

Puisi
 

Dari mula Melayu tak jaga,
     Pasal belajar ilmu meniaga;
Kalau tahu rugi laba,
     Berat ringan kita boleh jangka.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Biar senget jangan tertiarap.

Bermaksud :

Lebih baik menderita rugi sedikit daripada rugi banyak.

 

Lihat selanjutnya...(35)


Pantun

PantunSumberTema
Walau berdagang rugi sedikit; Kami tertawa bergurau juga; Walau bintang tinggi di langit, Sehabis daya kujangkau juga.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalaulah mahu berjaja kain, Bila rugi pantang meradang; Kalaulah mahu bekerja rajin, Ke mana pergi disayangi orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Suka duka orang berniaga, Untung setahil rugi sekati, Luka lama berdarah semula, Rindu berbisik di sudut hati.Pantun Melayu SarawakKasih
Jika menyukat tidak pandai, Banyaklah orang merasa rugi; Jika adat tidak dipakai, Tampaklah belang binasa diri.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalaulah cukup membawa bekal, Berjalan jauh tidakkan rugi; Kalaulah hidup sempurna akal, Dengan musuh pun tidak cemburu.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Boleh buat titi, Titi jalan mati; Sendiri tuan rugi, Syaitan puas hati,Pantun Melayu SarawakBudaya
Asah sabit kait kelapa, Anak Cina patah pengandar; Rugi sedikit tidak mengapa, Asalkan bencana dapat dihindar.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Orang beradat hemat dan cermat, Bijak menghitung laba dan rugi; Membuang adat umat kiamat, Balak menuntung menimpa negeri.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tudung saji penutup hidang, Dibawa orang ke hulu kampung; Untung rugi nasib pun malang, Kerana kurang tahu berhitung.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Eksport kayu jati, Boleh buat titi, Langsung bawa mati, Sendiri tuan rugi.Pantun Melayu SarawakBudaya
1234

Kembali ke atas