Kena sumoah seranah, Jadi ikan bertutu; Rumah tangga musnah, Anak jadi kutu. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Bertabur jadi tanah. Kena sumpah seranah; Suka buat fitnah, Rumah tangga musnah. | Pantun Melayu Sarawak | Budi |
Buah nangka buah bergetah, Tua mudanya dapat digulai; Sudah tua sudah membantah, Rumah tangga bercerai-berai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila liat kayu dikapak, Susah payah orang bekerja; Apabila taat ibu dan bapak, Rumah tangga senang sentosa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Anak kera masuk ke negeri, Duduk di tangga rumah lubalang; Awak dah tua tak tahu diri, Menengok perawan mabuk kepayang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Dayang Juita menanam padi, Rumah buruk tangga sembilan; Air mata jatuh ke pipi, Macam pungguk rindukan bulan. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Dayang Juita berjalan kaki, Rumah buruk tangga sembilan; Menyuruh gila apakan jadi, Seperti pungguk rindukan bulan. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |