Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rum.bia] | رومبيا

Definisi : sj tumbuhan (palma yg menghasilkan sagu, dan daunnya dibuat atap), sagu, Met­roxylon spp.; atap ~ atap yg diperbuat drpd daun rumbia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rum.bia] | رومبيا

Definisi : nama sj pokok palma yg menghasilkan sagu dan daunnya dpt dibuat atap, Metroxylon spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rumbia

Puisi
 

Pokok rumbia pokok dedap,
     Manakan sampai si pokok jambu;
Sedangkan lebai lagikan tersilap,
     Inikan pula kurang ilmu.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Menantikan buah rumbia masak.

Bermaksud :

Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menantikan ara tak bergetah, b. Menantikan putih gagak hitam, buntar-buntar daun lalang, luas-luas daun merunggai, sampai tumbuh damar cindapung).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Mengapa rumbia ditebang orang, Kerana batangnya dihimpit kayu; Mengapa lama abang tak datang, Kerana diserang sakit merayu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Asam rumbia dibelah-belah, Buah separah dalam raga; Dunia ikut firman Allah, Akhirat juga mendapat syurga.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Pokok rumbia pokok dedap, Manakan sampai si pokok jambu; Sedangkan lebai lagikan tersilap, Inikan pula kurang ilmu.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Buah rumbia buah salak, Pokok tumbuh tepi perigi; Hidup di dunia kita beradat, Bahasa tiada berjual beli.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Kalau beratap kain rumbia, Jangan suka melenggak-lenggak; Kalau bercakap dengan pak tua, Jangan suka melagak-lagak.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Penuh sebakul atap rumbia, Gugur jatuh bertindih-tindih; Sudah jadi resam dunia, Perangai insan suka memilih.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Mari tetak atap rumbia, Cucuk dia berlapis-lapis; Bila jumpa bapa saya, Barulah dapat apa yang terpilih.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Sarat sampan berisi sagu, Sagu rumbia sedap rasanya; Sesat iman hati cemburu, Cemburu buta gelap matanya.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau tak ada sagu bertampan, Mengapa rumbia ditebang orang; Kalau tak ada rindu ke lain, Mengapa lama abang tak datang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Asam kandis asam gelugur, Ketiga dengan asam rumbia; Hati menangis di pintu kubur, Kerana nak balik dalam dunia.Kurik Kundi Merah SagaAgama
12

Kembali ke atas