Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ru.ngut] | روڠوت

Definisi : leter, gerutu, omel, sungut: “Keras sangat,” demikian ~ nenek; merungut, berungut berleter, bersungut, menggerutu, mengomel: ia mendongak ke atas sambil ~ kerana bising; kelambatan balik dr menoreh sudah menjadi ke­biasa­anku, tidaklah ibuku berungut lagi; merungut-rungut bersungut-sungut, me­ngomel-omel: pendayung itu ~ kerana wang yg diterimanya itu tidak mencukupi; merungutkan merungut mengenai, ber­sungut sebab: suaminya ~ bahawa gadis-gadis sekarang terlalu pandai berjinak-jinak dgn lelaki; Salmiah merungut-rungu rungutan 1. perbuatan merungut: Hayati menyesal apabila disedarinya ~ itu tidak adil; 2. omelan: ia sedar ~nya sudah pun sampai ke pengetahuan yg berkuasa;tkan ke­bu­ruk­­an rumah yg disewa; apa hendak di­rungutkan, bukan jodoh engkau; perungut orang yg suka merungut, peleter, pengomel. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ru.ngut] | روڠوت

Definisi : ; merungut bercakap panjang-panjang dgn tidak menentu tujuannya; berleter; bersungut: Dia ~ kerana wang yg diterimanya itu tidak cukup. merungutkan merungut ttg; bersungut ttg sesuatu atau terhadap seseorang: Dia ~ masalah-masalahnya. rungutan apa-apa yg dirungutkan atau yg dileterkan: Dia menyesal apabila disedari bahawa ~nya tidak mendatangkan faedah. perungut orang yg (suka) merungut; peleter. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rungut
Kata Terbitan : merungut, rungutan,


Pantun

PantunSumberTema
Bagaimana tempua tidakkan palak, Mendengar kera terkentut-kentut; Bagaimana telinga tidakkan pekak, Mendengar mentua merungut-rungut.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas