Tiup seruling di tanah lapang, Bunyi merdu berdayu-dayu; Hati runsing kepada abang, Kirimlah salam kepada mak bayu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pakai cincin di jari manis, Cincin suasa permata dua; Adik runsing jangan menangis, Nanti tiba masa kita berdua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pakai cincin di jari manis, Cincin suasa bermata dua; Jangan runsing jangan ditangis, Biarlah rahsia kita berdua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bagaimana kuali takkan kering, Bila minyaknya tidak ditambah; Bagaimana hati takkan runsing, Bila akhlaknya banyak menyalah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Dari Endut pergi Mersing, Singgah berhenti Pulau Sialu; Hati risau bertambah runsing, Kepada siapa hendak mengadu? | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Limau padi dibakar tebing, Habis dimakan anak katak; Hati mana tidak runsing, Orang ada saya tidak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Cik Esah berambut kerinting, Comor minyak menjadi buih; Hati perut saya runsing, Harapkan sembuh payah nak pulih. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Cik Aishah rambut kerinting, Memakai baju kain baldu; Hati susah bertambah runsing, Kepada siapa hendak mengadu? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sayang Pak Koming turun ke bendang, Sampai ke bendang menuai padi; Hati runsing jangan dikenang, Kalau dikenang rosaklah hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sirih bertepuk pinang memusing, Pacak buluh di atas kota; Tak boleh duduk hati runsing, Tak boleh tubuh nak tengok mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |