Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.bar] | صبر

Definisi : 1. betah menahan penderitaan (kesakit-an, kesusahan, dll): segala seksaan diterimanya dgn ~; 2. tidak terburu-buru, tenang: ia menanti dgn ~ ketibaan suaminya; ~ itu separuh drpd iman; bersabar = ~ hati bertenang (fikiran, perasaan, dll), bersifat sabar: “ceritalah segera,” desak Noor Hamidah seolah-olah tidak dapat hendak ~ lagi; menyabarkan 1. menahan kesusahan (kesedih-an, kemarahan, dll) dgn sabar, menenangkan perasaan (fikiran dll): maka marahlah ia, akan tetapi masih disabarkannya lagi; ~ hati menahan hati (marah dll); 2. menahan orang (lain) drpd marah dll, meredakan perasaan orang yg sedang marah dll, membuat orang bersabar: Abang Mat ~ ibuku yg di kemuncak kemarahannya; tersabar sanggup atau boleh bersabar: Mak Haji tidak ~ lagi hendak mendengar berita itu; kesabaran perihal sabar: mengajar membaca muzik berkehendakkan ~, ketekunan, dan ke-pandaian guru; penyabar 1. orang yg sabar; 2. sabar: isteri yg ~ itu hampir tidak pernah kering air mata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.bar] | صبر

Definisi : 1 tidak lekas marah atau tidak lekas putus asa; kuat menghadapi se­suatu kesakitan dll: Dia telah menerima segala seksaan itu dgn ~. 2 tidak terburu-buru atau tidak terkejar-kejar; tidak mudah berasa risau: ~, jangan tergopoh-gopoh berbuat sesuatu. bersabar, = ~ hati berlaku sabar; bersifat sabar: Kita hendaklah ~ ketika menghadapi sebarang kesulitan. menyabarkan 1 meng­hadapi sesuatu kesulitan dgn sabar; menderita sesuatu dgn sabar; bersabar terhadap: Dia tidak dpt ~ segala kecaman yg dilemparkan kpdnya. 2 membuat orang bersabar; meredakan orang yg sedang marah dll; menjadikan bersabar: Dica­rinya akal utk ~ ibunya yg sedang marah. ~ hati menahan marah; mengawal perasaan supaya bersabar. kesabaran keadaan atau sifat sabar: ~nya hilang apabila melihat pemuda itu menumbuk adiknya. penyabar 1 bersikap tidak mudah marah; bersikap selalu tenang: Orang yg ~ tidak mudah mendapat seteru. 2 orang yg sabar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sabar

Puisi
 

Hari redup membuat gambar,
     Gambar dibuat dengan cermat;
Hidup kita mahu sabar,
     Baru kita dapat selamat.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Sedikit-sedikit tekun,
     lama-lama menjadi bukit.

Bermaksud :

Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Sehari selembar benang, lama-lama jadi sehelai kain).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pantun

PantunSumberTema
Elok kain kerana lebar, Lebar penudung aurat sendiri; Elok pemimpin kerana sabar, Sabar menampung umpat dan keji.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Banyaklah khabar perkara khabar, Tiada terkhabar hari kiamat; Banyaklah sabar perkara sabar, Tidak sesabar Nabi Muhammad.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Baik benar orang belayar, Dapat berjalan ke negeri jauh; Adik sabar abang pun sabar, Lambat-laun tentu berjodoh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Adat Melayu berdada lapang, Sabar dan syukur jadi pegangan; Kuat Melayu tahukan hutang, Besar seukur dengan bayangan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adapun niat yang diniatkan, Iman dan sabar dalam musibah; Adapun adat yang diadatkan, Zaman beredar boleh dirubah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Api damar cahayanya terang, Dibuat suluh teranglah jalan; Hati sabar dadanya lapang, Dibuat contoh senanglah badan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Uncang besar berisi duit, Dapat membeli sayur-sayuran; Orang sabar bini berduit, Tiap hari tidur-tiduran.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sungguh lebar perigi batu, Dilangkahi orang tiada tetap; Sungguhlah sabar hati si bisu, Dimarahi orang tiada menjawab.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Waktu zuhur orang pun azan, Hati sejuk tegak pun sabar; Hati hancur mengenang tuan, Pergi merajuk tidak berkhabar.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sungguh-sungguh pergi ke darat, Memetik bunga dalam batu; Sabar ditahan jadi mudarat, Akal dan fikir habislah buntu.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
12345

Kembali ke atas