Sabit bukan sebarang sabit, Sabit berhulu kepala gagak; Sakit bukan sebarang sakit, Sakit merayu gilakan talak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sabit bukan sebarang sabit, Sabit berhulu kepala gajah; Sakit bukan sebarang sakit, Sakit merayu jandanya nikah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sabit bukan sebarang sabit, Sabit tahan mematah parang; Sakit bukan sebarang sakit, Sakit makan buah terlarang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sabit bukan sebarang sabit, Sabit dapat pengganti pisau; Sakit bukan sebarang sakit, Sakit melihat laki merayau. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sabit bukan sebarang sabit, Sabit berhulu berukir naga; Sakit bukan sebarang sakit, Sakit malu disindir mentua. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sabit bukan sebarang sabit, Sabit panjang tidak bergagang; Sakit bukan sebarang sakit, Sakit meminang ditolak orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sabit bukan sebarang sabit, Sabit pandak bertuang baja; Sakit bukan sebarang sakit, Sakit hendak mengulang janda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tak sabit ibu gendang kubimbit, Mari dipalu ragam serama; Kalau tak sabit malu sedikit, Mana nak boleh turut bersama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tabit tak sabit gendang dibimbit, Saya nak palu ragam serama; Kalau tak sabit malu sedikit, Saya nak bawa jalan bersama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bulan sabit di langit tinggi, Sayup-sayup mata memandang; Sudahlah nasib celaka diri, Adik kucinta dipinang orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |