Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.bung] | سابوڠ

Definisi : adu, laga (ayam, lembu, dll): di gelang-gang ~ terlalu gegak gempita sorak tempik sekalian juara; ~ selepas hari petang, tak dapat menuntut balas lagi prb berserah kpd nasib (untung-untungan); biar alah ~ asalkan menang sorak prb biar harta habis asalkan hati puas; bersabung 1. beradu, berlaga (ayam dll), ber-tarungan, berlawan; ~ ayam mengadu ayam; ayam ~ ayam berlaga; 2. ki bertarung, ber-langgaran (ombak, kilat, petir, dll); kilat ~ kilat berlanggaran; ombak ~ ombak berlang-garan; 3. ki bertemu (mata, pandangan): kedua-duanya tersenyum manakala pandangan mereka ~; angin berputar (bersiru) ombak ~ prb perkara yg amat sulit; menyabung 1. mengadu, melaga (ayam): ia asyik dgn ~ dan berjudi saja; 2. ki meng-gadai, mempertaruhkan (nyawa dll): peng-hidupan yg berbahaya itu bererti ~ nyawa; ~ untung a) menyerah pd nasib; b) membawa nasib; sabung-menyabung berlanggar-langgaran, bertempuran (ombak, kilat, dll): maka ber-bunyilah guruh petir, kilat ~; menyabungkan melagakan, mengadukan, mempertarungkan: beta hendak ~ ayam biring nenek itu; tersabung 1. selesai diadu, sudah diadu; 2. tidak sengaja diadu; ~ akan itik (induk ayam) prb tidak tepat dgn dugaan semula (kecewa); sabungan yg disabung, yg diadu, aduan; ayam ~ ayam laga; spt ayam ~ prb sangat dimanjakan; persabungan 1. perihal bersabung, perlagaan, perlawanan; 2. tempat menyabung, gelang-gang; penyabungan perbuatan menyabung; penyabung orang yg menyabung: maka ~ pun terlalu ramai, bunyi sorak orang pun bergemuruh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sabung (kata kerja)
Bersinonim dengan adu, laga, lawan, tanding;,
Kata Terbitan : bersabung, menyabung, sabung-menyabung, menyabungkan, tersabung, sabungan, persabungan,

Peribahasa

Perang bermalaikat,
     sabung berjuara.

Bermaksud :

Kita boleh berusaha tetapi Tuhan yang menentukan kalah menang.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Adat Melayu pantang berjudi, Judi sabung membawa laknat; Jahatlah laku membuang kaji, Kaji dibuang binasalah umat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas