Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. hati batang pokok palma (kabung, rumbia, dll); jika tak dipecah ruyung di mana boleh mendapat ~ prb tidak akan tercapai sesuatu maksud jika tidak mahu berusaha; 2. = tepung ~ tepung yg diperbuat drpd pati hati batang rumbia dll; 3. = pokok ~ sj tumbuhan (palma yg pati hatinya boleh dibuat tepung sagu), Metroxylon spp.; ~ belanda (betawi) sj tumbuhan (palma), Marantha arundinacea; ~ pisang hati batang pisang; ~ rendang (biji-biji) sagu yg kasar; ~ rumbia sagu yg diperbuat drpd pati hati batang rumbia; ~ tampin pati sagu yg diperdagangkan; akar ~ paya sj tumbuhan (pokok memanjat), akar urat-urat, bunga petaya, Dalbergia stercorea; menyagu 1. membuat sagu; 2. bp menganji dgn sagu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sagu
Kata Terbitan : sagu hati,

Puisi
 

Sagu ladang makan dek kuda,
     Anak udang balik batu;
Tidak padan dengan kita,
     Apa abang kata begitu.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Jika tidak dipecah ruyung,
     di mana boleh mencapat sagu.

Bermaksud :

Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan, b. Kurang sisik, tinggal lidi di buku; kurang selidik, tinggal kaji di guru, c. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Sarat sampan berisi sagu, Sagu rumbia sedap rasanya; Sesat iman hati cemburu, Cemburu buta gelap matanya.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Sagu tampin diparut orang, Kalau ditumbuk menjadi laksa; Laku pemimpin diturut orang, Kalau buruk negeri binasa.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sagu rendang rasanya lemak, Lemak perisa dinikmati orang; Mau senang berkerja tunak, Tunak berkerja rezeki datang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Sagu ladang makan dek kuda, Ramas limau dalam telaga; Tidak padan dengan kita, Dia emas kita tembaga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sagu ladang makan dek kuda, Anak udang balik batu; Tidak padan dengan kita, Apa abang kata begitu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Andainya sagu sudah diparut, Tentu berguna bekal berjalan; Andainya ilmu sudah dituntut, Baru berguna hila diamalkan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Andainya sagu terus diparut, Banyaklah bekal ke mana pergi; Andainya ilmu terus dituntut, Banyaklah bekal hidup dan mati.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Besarlah batang sagu bertampin, Bila dikerat mati hujungnya; Besarlah hutang menjadi pemimpin, Dunia akhirat yang ditanggungnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bukan mudah memarut sagu, Sebelum diparut batang dibelah; Bukan mudah menuntut ilmu, Sebelum dapat pantang menyerah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau tak ada sagu bertampan, Mengapa rumbia ditebang orang; Kalau tak ada rindu ke lain, Mengapa lama abang tak datang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas