Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ha.bat] | صحابت

Definisi : 1. kawan, teman, taulan: drpd banyak seteru, lebih baik banyak ~; 2. pengikut, murid; ~ nabi pengikut nabi; ~ handai = ~ kenalan sahabat-sahabat; ~ karib sahabat yg rapat (baik); ~ kita (beta) bh tuan (dlm surat raja-raja dahulu); ~ pena sahabat menerusi surat sahaja; bersahabat berkenalan dan berbaik-baik, ber-kawan (dgn), berteman (dgn): kita ~ dgn orang yg baik-baik; Australia dan New Zealand merupakan negara-negara yg ~ baik dgn kita; bagai ~ dgn ular bisa prb kalau berkawan dgn orang yg jahat, lambat-laun dianiayanya juga kita; drpd ~ dgn orang yg bodoh, baik ber-seteru dgn orang berakal prb tidak berfaedah bersahabat dgn orang yg bodoh; bersahabatan berbaik-baik antara satu sama lain; mempersahabatkan memperkenalkan su­paya bersahabat, menjadikan bersahabat (orang yg belum berkenalan); persahabatan perihal bersahabat: ~ kami sudah menjadi begitu erat sekali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ha.bat] | صحابت

Definisi : orang yg dikenal rapat dan disukai tetapi tidak bersaudara dgnnya; kawan; teman: Drpd banyak seteru, lebih baik banyak ~. ~ karib kawan yg rapat sekali. ~ handai semua kawan. ~ Nabi orang yg rapat dgn Nabi; pembantu Nabi yg setia. bersahabat berkenalan serta berbaik-baik; berkawan: Jangan ~ dgn orang jahat. persahabatan hal atau perbuatan bersahabat; perhubungan sbg sahabat: ~ kami menjadi semakin erat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sahabat (kata nama)
1. Bersinonim dengan teman: kawan, taulan, handai, sekutu, kenalan, rakan, saing, saudara, nyapang, sobat, rafik, syarik, alif, saki, konco,
Berantonim dengan musuh

2. Bersinonim dengan pengikut: murid, anak buah, penganut,
Berantonim dengan ketua

Kata Terbitan : bersahabat, mempersahabatkan, persahabatan,

Puisi
 

Tanam ubi di tepi tebat,
     Orang menjala di Kampung Ulu;
Hidup mati bersama sahabat,
     Sahabat setia menudung malu.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Nasi habis budi bersua.

Bermaksud :

Sahabat yang sudah kentara budi pekertinya yang kurang baik; baru teringat akan sahabat setelah dalam kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Pantun

PantunSumberTema
Anak ungka terbang cepat, Anak kedidi berjalan sedepa; Bukan senang mencari sahabat, Sahabat berbudi sukar dijumpa.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Tanam ubi di tepi tebat, Orang menjala di Kampung Ulu; Hidup mati bersama sahabat, Sahabat setia menudung malu.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Banyak ubat perkara ubat, Tidakkan tertudung ubat berjampi; Banyak sahabat perkara sahabat, Tidakkan seagung sahabat nabi.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Makan ketupat di kecung baru, Lempar kulit di kaki tiang; Dah boleh sahabat baru, Sahabat lama tinggal buang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Sahabat datang melawat Kuching, Kristal mawar sisip di sanggul; Hasrat nak dapat ikan pancing, Kail putus tersangkut tunggul.Pantun Melayu SarawakNasihat
Banyaklah solat di hari Jumaat, Solatnya dapat bersama-sama; Banyaklah sahabat Nabi Muhammad, Sahabat berempat paling utama.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau nak tahu kelat halia, Cubalah tengok halia darat; Kalau nak tahu sahabat setia, Tengok sahabat Nabi Muhammad.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Ada berempat sahabat nabi, Ada seorang jadi khalifah; Abu Bakar, Omar, Usman, dan Ali, Saidina Ali suami Fatimah.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Banyaklah pengikut tali peti, Disentak sekali lalu disimpul; Banyaklah sahabat berani mati, Tidakkan seberani sahabat nabi. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bawalah ubat yang tersedia, Digiling halia berlumat-lumat; Banyaklah sahabat yang setia, Paling setia sahabat nabi.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
123456

Kembali ke atas