Tudung saji berkain sutera, Dibawa untuk hidangan sultan; Hidupku ini makin sengsara, Kerana terbujuk rayuan tuan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tudung saji dari seberang, Bawa belayar sebulan suntuk; Hidup mati janji dipegang, Siapa ingkar dimakan kutuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tudung saji dari seberang, Dibawa budak mencari serai; Untung sekali janji dipegang, Bila tidak kita bercerai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tudung saji dibawa orang, Kerana banyak kuih juadah; Untung sekali kakanda datang, Bila tidak kasih berpindah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tudung saji penutup hidang, Dibawa orang ke hulu kampung; Untung rugi nasib pun malang, Kerana kurang tahu berhitung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Lembah Saji berbukit-bukit, Tumbuh subur cendawan bunga; Allah menguji baru sedikit, Siapakah dapat melawan-Nya. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Tudung saji pasak ke timah, Buat penudung buah Melaka; Naik haji Makkah - Madinah, Nak buang segala dosa. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Tudung saji hanyut terapung, Sulam mari gambar benang; Niat hati nak balik kampung, Lautan dalam tidak terenang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Tudung saji hanyut terapung, Hanyut sampai Pulau Jerjak; Hajat hati nak pulang ke kampung, Badan terkurung tempat dipijak. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Tudung saji hanyut terapung, Disulam gambar dengan benang; Hati ingin pulang ke kampung, Luasnya laut tidak terenang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |