Jika tidak kerana selasih, Manakan kurang sakit kepala; Jika tidak kerana kekasih, Manakan abang mahu bercinta. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Anak kera masuk ke negeri, Duduk menangis sakit kepala; Awak dah tua tak tahu diri, Menengok perawan bangkit selera. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Buah durian buah kuini, Mari jatuh atas para; Duduk diam laki bini, Selalu kena sakit kepala. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Ketok-ketok harimau garang, Keling pandai cakap Jawa; Harimau batuk buaya mengerang, Kucing di rumah sakit kepala. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Sakit kepala ditimpa kayu, Makan tidur rasanya pening; Sakit hamba kerana malu, Tuan kutegur tak ambil pusing. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sabit bukan sebarang sabit, Sabit berhulu kepala gagak; Sakit bukan sebarang sakit, Sakit merayu gilakan talak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sabit bukan sebarang sabit, Sabit berhulu kepala gajah; Sakit bukan sebarang sakit, Sakit merayu jandanya nikah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sayang Santubong berkota nibung, Haji Ahmad kepala kampung; Alang nan sakit badan menanggung, Siang dan malam main berkampung. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |