Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tidak mengikut adat, melanggar adat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata salah adat


Pantun

PantunSumberTema
Kalau salah menaha pukat, Salah pula menahan tengkalak; Kalau salah di dalam adat, Salah pula di dalam syarak.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tidak salah junjung lembayung, Salah pandan menggelita; Tidak salah emak mengandung, Salah badan buruk pinta.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Bukan mudah memasang jerat, Salah pasang terjerat ternak; Bukan mudah memegang adat, Salah pegang tersesat tegak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bukan mudah orang berhelat, Salah kira hutang yang dapat; Bukan mudah memegang adat, Salah tegak dibuang kawan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bukan mudah orang berhelat, Salah kira hutang yang dapat; Bukan mudah memegang adat, Salah bicara orang mengumpat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bukan mudah memasang jerat, Salah pasang orang yang kena; Bukan mudah memegang adat, Salah pegang orang menghina.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Pohon salak batangnya condong, Mari disisik dalam kendong; Bukanlah salah ibu mengandung, Salah sendiri badan menanggung.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Sifat muda suka berjalan, Salah peduli hujan dan panas; Adat dijaga sempurna iman, Terasa salah segera bertaubat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kata adat membawa hikmah, Hikmah hidup dunia akhirat; Lupa adat kerja menyalah, Salah hidup binasalah umat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Elok tombak kerana disepuh, Salah sepuh besinya lemah; Elok anak kerana diasuh, Salah asuh pasti menyalah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
1234

Kembali ke atas