Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) silap melangkah; b) mendapat bencana dlm perjalanan kerana sial, sial; c) silap (tidak dgn sepatutnya) memulakan se-suatu; d) buruk perbuatan (maksud); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kesilapan pd permulaan melakukan sesuatu dan mengakibatkan keburukan (bencana) kpd diri seseorang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
langkah (kata nama)
Bersinonim dengan tindakan, perbuatan, ikhtiar, usaha, jalan, cara;,
Kata Terbitan : melangkah, melangkahi,

Peribahasa

134

Between the devil and the deep blue sea

Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.

Lalu hangus, surut layu

The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried

Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran. Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana hendak lalu hangus, surut layu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(18)

Pantun

PantunSumberTema
Baik-baik memanggang ikan, Salah-salah menjadi arang; Baik-baik abang berjalan, Salah langkah hati bercabang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sifat muda suka berjalan, Salah langkah membawa sesat; Adat dijaga sempurna iman, Akhlak terpuji beban pun lepas.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Ingat-ingat berjalan senja, Salah langkah jatuh ke sungai; Ingat-ingatlah pesan hamba, Bila terlupa kita bercerai. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Awas-awas membeli pisau, Salah asah tangan terluka; Awas-awas pergi merantau, Salah langkah badan celaka.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Untuk tumpuan batang gelegar, Supaya rumah tiada bergoyang; Untuk menentukan salah dan benar, Supaya langkah tiada menyilang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas