Bila menimbang sama berat, Itulah tanda orang yang bijak; Apabila abang sudah sepakat, Lapanglah dada tenanglah otak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Jika menyukat tidak pandai, Tentu ditimbang tak sama berat; Jika adat tidak dipakai, Seteru datang laut dan darat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Helang laut helang jambangan, Helang di darat mematuk padi; Kalau diikut mata timbangan, Sama berat baru menjadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Tinggal empat gunung berapi, Ambil yang ada di hujung jungkar; Sudah mendapat kenangan di hati, Sama berat susah nak nanggar. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Adat menebang sama pepat, Bila tidak tunggulnya tajam; Adat menimbang sama berat, Bila tidak hukumnya kejam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Terunglah berat tangkainya kejur, Rama-rama di punca kain; Seorang ke Barat seorang ke Johor, Sama-sama mencari lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Kata adat kata bermakna, Buat kajian nyatalah betul; Kita seadat sama sebangsa, Berat ringan sama dipikul. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Orang barat bermain pedang, Mana nak sama batang cangkul; Mana berat mata memandang, Berat lagi bahu memikul. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Mulia suku adatnya kukuh, Adat jangan dibawa cabul; Bila bersatu umat kan teguh, Berat ringan sama dipikul. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Yang ringan sama diangkat, Bila berat pikul sendiri; Orang penyegan suka menjilat, Makan kuat sebakul sehari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |