Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ma.sa.ma] | سام٢

Definisi : 1 pd waktu yg sama (melakukan sesuatu); dlm keadaan yg sama: Mereka ~ membantu menyiapkan projek itu. Dua sahabat itu ~ lemah utk memberikan bantuan. 2 semuanya sekali; kesemuanya: Dlm hal ini, mereka ~ bersalah. 3 kata yg diucapkan sbg membalas ucapan terima kasih drpd orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sama-sama

Puisi
 

Jangan tuan mengail tenggiri,
     Sama-sama mengail sembilang;
Jangan tuan menghina diri,
     Sama-sama dagang terbuang.


Lihat selanjutnya...(201)
Peribahasa

Orang bergayung sama pandai,
     sama bak kundi atas dulang.

Bermaksud :

Sama-sama ahli; sama-sama pendekar. kundi = biji saga.

 

Lihat selanjutnya...(1000)


Pantun

PantunSumberTema
Sama-sama mandi ke laut, Mandi ke laut bergoyang pasu; Alang-alang mati berebut, Sama-sama berundur nafsu.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Jangan tuan mengail tenggiri, Sama-sama mengail sembilang; Jangan tuan menghina diri, Sama-sama dagang terbuang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Sama-sama mendaki bukit, Bawa tambuk kutip durian; Jasa menteri bukan sedikit, Tidak ternilai sejuta pujian.Pantun Melayu SarawakBudi Rampaian
Jerang santan masak pun santan, Sama-sama sudu dituntung; Orang jantan awak pun jantan, Sarna-sarna mengadu untung.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Banyak padi bunga di hujung, Sama-sama di atas papan; Habis dunia sudah kukeliling, Baru bertemu dengan tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Mengail Sungai Dua, Umpan pucuk keledek; Tua samalah tua, Sama-sama mencincang gobek.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Dua puluh satu bilang Melayu, Satu likur bilang Jawa; Sama-sama menanggung malu, Kalau mati kita berdua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Di sana ramai anak baiduri, Duduk bermain di tepi kolam; Sama-sama berjaga diri, Kita bertunang selama enam bulan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Parti Panas Parti Berjasa, Ketiga dengan Parti Pesaka; Berbilang kaum berbilang bangsa, Sama-sama mahu merdeka.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Anak musang jalan meniti, Titi mari atas pagar; Tuan helang saya rajawali, Sama-sama mari menyambar.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
12345678910...

Kembali ke atas