| Burung jelatik burung jeladan, Burung tekukur terbang meninggi; Sudahlah paut samalah padan, Marilah ukur samalah tinggi. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Sungguh harum bau gaharu, Tidak samalah dengan cendana; Sungguh banyak orang yang baru, Tidaklah sama orang yang lama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Betul sukat betul timbangnya, Betul timbang samalah berat; Betul adat betul orangnya, Betul orang sempurna niat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Orang darat bermain cambuk, Sama terbilang samalah pandai; Abang ibarat kain yang lapuk, Manakan orang mau memakai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Mengail Sungai Dua, Umpan pucuk keledek; Tua samalah tua, Sama-sama mencincang gobek. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
| Pisang raya samanya raya, Pisang kulilit masak di hujung; Tuan kaya samalah kaya, Kami miskin mencari untung. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Ke laut mengambil lokan, Burung tiung memanggil anak; Janganlah malu janganlah segan, Samalah kita berdagang sanak. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
| Ke darat menebang juak tukas, Tukas kutebang tepi jeraya; Laksana dakwat dengan kertas, Samalah hancur sama binasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Nampak dari tanah Makkah, Di sana ramai anak bidadari; Sabarlah kita sebelum nikah, Sama-samalah menjaga diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
| Pergi ke mana tidak kuikat, Pandan bersangkut dengan durinya; Pergi ke mana tidak kuingat, Tuan yang baik samalah budinya. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |