Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sambal

Puisi
 

Giling cili dibuat sambal,
     Buat gulai sayur lobak;
Sayu hati menengok kapal,
     Tenggelam timbul dipukul ombak.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Minyak habis sambal tak enak.

Bermaksud :

Peralatan perkahwinan diadakan secara besar-besaran, tetapi perjodohannya tidak kekal.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pantun

PantunSumberTema
Buat sambal ikan tuna, Ubur-ubur tidak bergusi; Seribu kesal tidak berguna, Bubur tidak menjadi nasi.Pantun Melayu SarawakNasihat
Walaupun sambal terasa pedas, Tak ada ikan dimakan juga; Walaupun bual melewati batas, Kerana segan ditelan juga.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Dibuat sambal rasanya sedap, Makan kenyang terasa nikmat; Hajat kami membuka cakap, Membilang undang mengaji adat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Buah pedada sambal bergula, Banyak dijual di Jalan Lanang; Dalam jaga rasa nak gila, Adik seorang terkenang-kenang.Pantun Melayu SarawakKasih
Apa guna sambal tumis, Kalau tak campur asam belimbing; Apa guna lama menangis, Tidakkan penuh telaga yang kering.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Awas-awas menumbuk sambal, Salah tumbuk tiada lumat; Awas-awas duduk terbual, Salah duduk terbuka aurat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Selama kera berdagang sambal, Banyak penduduk pergi membeli; Selama raja kehilangan akal, Banyaklah beruk jadi menteri. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Limau kesturi dibuat sambal, Lemak manis dengan perisanya; Risau hatiku hendak ditinggal, Hendak menangis malu rasanyaKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Giling cili dibuat sambal, Buat gulai sayur lobak; Sayu hati menengok kapal, Tenggelam timbul dipukul ombak.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Menggulai tauhu dengan jerami, Sambal lada di lesung batu; Tuan tak tahu hati kami, Macam kaca terhempas ke batu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas