Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sampailah

Puisi
 

Ikan tenggiri ikan todak,
     Tiga dengan ikan kerapu;
Toleh kiri kanan pun tidak,
     Sampailah saya dagang piatu.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Darilah mana kajangku tiris, Dari pucuk sampailah ke rebung; Darilah mana kupandang manis, Darilah rusuk sampailah ke punggung.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sungguh teruk sakit merayap, Merayap siang sampailah malam; Sungguh elok kulit berkurap, Kurap dipandang bagai disulam.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Pasang pelita terang temaram, Dari senja sampailah pagi; Kukenang dinda siang dan malam, Entahlah bila bertemu lagi.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tupai berlari naik ke pondok, Pupuslah nasi dalam belanga; Sampailah mati adik merajuk, Memutus kasih sedang menyala.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalaulah berjaja pecah belah, Pandai menjaga takkan hilang; Kalau bekerja suka berkelah, Sampailah tua tidakkan senang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bulan Safar bulan kedua, Sesudah itu Rabiulawal; Menahan lapar tidak mengapa, Patah hati sampailah ajal.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Ikan tenggiri ikan todak, Tiga dengan ikan kerapu; Toleh kiri kanan pun tidak, Sampailah saya dagang piatu.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Apabila mata tidak menampak, Mau berjalan pakailah tongkat; Apabila suka bentak-membentak, Bertemu lawan sampailah hajat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bila selasih di dalam peti, Sampai masanya dijerang juga; Sekali kasih di dalam hati, Sampailah tua kukenang juga.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Naik rumah tidak bertangga, Kucing memanjat di batang tiang; Saya tak pernah tidur berdua, Peluk bantal sampailah ke siang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas