| Ke sana sini menarik rantau, Ikan belanak ikan tenggiri; Begini nasib dagang merantau, Makan sesuap kenyang sehari. | Pantun Melayu Sarawak | Perantau |
| Perahu Banjar belayar malam, Di sana sini berjaja gula; Malu besar muka pun lebam, Meraba bini teraba mentua. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Besar kayu kerana uratnya, Urat berjela ke sana sini; Besar Melayu kerana adatnya, Adat setia kepada janji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Besar kayu kerana uratnya, Urat berjela ke sana sini; Besar Melayu kerana adatnya, Adat kasih sayang-menyayangi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Jatuh bangkit orang berburu, Mengejar kijang ke sana sini; Tubuhku sakit tulang pun ngilu, Mendengar abang sudah berbini. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Hujan lebat cuaca buruk, Tambah pula bukit-bukitan; Di sana sini berbau busuk, Mayat juga tidak kelihatan. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
| Rebus ketupat dalam kuali, Apa kuahnya rendang kari; Orang bersahabat di sana sini, Tidak luput harumnya di hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Pokok sena pokok kuini, Ikan Sepat mabuk di paya; Biar berhutang di sana sini, Asal dapat tunjuk gaya. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Adik manis memakai tudung, Berbaju tebal menahan dingin; Tidak berilmu ibarat gelembung, Ke sana sini membawa angin. | Pantun Melayu Sarawak | Ilmu |
| Sarat sampan orang berkayuh, Bila petang dia berhenti; Tuan ibarat bulan yang penuh, Dipuja orang di sana sini. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |