| Daun terup sisip di dinding, Sanalah sini hujung gagangnya; Jangan diharap sepet menyinding, Sanalah sini tuju tantangnya. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
| Sifat kayu cabang-bercabang, Di sanalah tempat rantingnya tumbuh; Adat Melayu tenggang-menenggang, Di sanalah tempat saling mengasuh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Sifat kayu bertinggi rendah, Di sanalah tempat angin lalu; Adat Melayu berhati rendah, Di sanalah tempat beraib malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Ke sini gunung ke sanalah gunung, Di tengah gunung berisi batu; Ke sini bingung di sanalah bingung, Di dalam bingung hati tak tentu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Sama tengah sulaman tekat, Tekat berantak anak Melayu; Di sanalah tuah akan melekat, Melekat sampai ke anak cucu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Berjurai elok sulaman asli, Sama tengah sulaman tekat; Dipakai untuk pegangan diri, Di sanalah tuah akan melekat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |