Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[san.ding] | سنديڠ

Definisi : dekat, damping, hampir; bersanding 1. duduk bersebelah-sebelahan (berjajar, berdamping, spt pengantin di atas pelamin, dll): mereka sedang ~ di atas pelamin; 2. ki ark setanding, setaraf; menyandingi 1. mendampingi; 2. menan-dingi; menyandingkan, mempersandingkan men­­dudukkan bersanding (pengantin dll), meletak-kan bersebelah-sebelahan: nanti akan datang waktunya kamu akan diper­sandingkan pula; sandingan 1. jodoh, pasangan; 2. imbangan, tandingan; persandingan perihal bersanding: ~ kedua-dua pengantin itu akan dilangsungkan esok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[san.ding] | سنديڠ

Definisi : sudut (penjuru, bucu) yg tajam pd sesuatu; bersanding 1. berbucu (bersudut) tajam; 2. ki bisa atau tajam (perkataan dll); bulat bersegi, ~ melukai prb orang yg nampaknya lurus tetapi tidak dapat dipercayai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[san.ding] | سنديڠ

Definisi : ; bersanding duduk di sebelah seseorang yg lain, spt pe­ngantin di atas pelamin; duduk bersebelah-sebelahan: Pengantin sedang ~. menyandingkan meletakkan seseorang dll di sebelah yg lain; men­dudukkan supaya bersanding. per­sandingan hal bersanding (khu­susnya dlm majlis perkahwinan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[san.ding] | سنديڠ

Definisi : bahagian drpd sesuatu yg berbucu atau yg bersudut tajam jika dilihat dr luar. bersanding 1 ada sandingnya; berbucu; bersudut: kaki meja yg ~. 2 ki tajam (ttg perkataan): Perkataannya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sanding
Kata Terbitan : bersanding, menyandingi, menyandingkan, sandingan,

Peribahasa

Batu bulat tak bersanding.

Bermaksud :

Orang yang tidak mempunyai perasaan takut. sanding = dekat, damping.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Mengapa duduk di ambang pintu, Lapis-berlapis sanding papan; Mengapa cakap abang begitu, Berapa lapis dinding di badan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas