Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[san.tan] | سنتن

Definisi : air perahan kelapa yg telah diparut (dikukur); ~ dibalas dgn tuba prb kebaikan dibalas dgn kejahatan; ~ masuk ke pasu, hampasnya tumpah ke tanah prb ketika berguna di-sayangi, sesudah tidak berguna dibuang; kena-kena spt ~ bergula, tak kena-kena bagai antan pukul kepala prb sesuatu perkataan itu kalau bersalahan tafsirannya jadi melarat, jika benar jadi kebajikan; meramas ~ di kuku prb me-minta pd orang yg tidak mempunyai sesuatu; spt ~ dgn tengguli prb dua perkara (hal) yg berpadanan benar; sungguhpun lemak ~, akhirnya basi juga prb orang yg cantik itu akhirnya akan tua juga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[san.tan] | سنتن

Definisi : air dr kelapa parut yg diramas (berwarna putih spt susu): kepala ~ santan yg agak kental. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata santan

Puisi
 

Bermasak nasi santan bergantung,
     Ambil puntung dari seberang;
Tarik rebab mengenangkan untung,
     Untungku tidak seperti orang.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Santan dibalas dengan tuba.

Bermaksud :

Kebaikan dibalas dengan kejahatan.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Pantun

PantunSumberTema
Kelapa menjadi santan, Asal santan menjadi minyak; Jika ada buah termakan, Burung liar menjadi jinak.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Jerang santan masak pun santan, Sama-sama sudu dituntung; Orang jantan awak pun jantan, Sarna-sarna mengadu untung.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Pulut manis santan kelapa, Buah kelapa sudah dikukur; Mulut manis tangan meraba, Sudah meraba dibawa tidur.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bermasak nasi santan bergantung, Ambil puntung dari seberang; Tarik rebab mengenangkan untung, Untungku tidak seperti orang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Lemak manis santan kelapa, Buah berangan dalam padi; Hitam manis anak siapa, Rasa berkenan dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sungguh lemaknya pati santan, Masak sira buat sarapan; Aduhai lemahnya anak watan, Malas berkira masa depan.Pantun Melayu SarawakNasib
Mari masak dengan santan, Ikan duri panjang setual; Belum tahu bencana intan, Mahal beli murah dijual.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Kukur nyiur perah santan, Anak kijang di Bukit Lagi; Kalau nak tengok hati jantan, Cuba bujang sekali lagi.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Bagaimana kita hendak menyayur, Santan kelapa sudah terbuang; Bagaimana hamba hendak menegur, Belum disapa abanglah miang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Apa tanda pisang dipengat, Berkuah santan manis rasanya; Apa tanda orang beradat, Berkata sopan manis mukanya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
1234

Kembali ke atas