Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.pa] | ساڤ

Definisi : 1. tegur: “Duduklah nona,” ~nya lembut; 2. ramah: raja itu murah sekali serta dgn tegur ~nya kpd rakyatnya; bersapa keteguran (oleh hantu dll); bersapaan, bersapa-sapaan saling bertegur (bercakap-cakap), tegur-menegur; menyapa mengajak bercakap-cakap, me­negur: seorang pun tidak ~ atau mengendah-kan dia; sapa-menyapa saling menyapa atau bertegur sapa, bersapa-sapaan: banyak teman mulai ~; mereka sudah lama tidak ~; tersapa 1. ark ditegur, diajak bercakap-cakap; 2. disapa, keteguran (oleh hantu, orang halus, dll); sapaan teguran, ajakan utk bercakap-cakap: tiba-tiba terdengar ~ di dapur rumah; ~ salam ucapan salam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.pa] | ساڤ

Definisi : kata-kata yg dituturkan utk me­ne­gur (mengajak bercakap-cakap). me­­­nyapa mengajak bercakap-cakap; menegur: Gadis mana yg ~ kamu tadi? sapaan kata-kata utk menyapa; ajakan utk bercakap-cakap; teguran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sapa

Puisi
 

Sapa kata padi tak bunting,
     Padi pulut berendam di air;
Sapa kata abang tak rungsing,
     Suap ke mulut mata berair.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Sapa-sapa di tepi mahligai, Urat nanas jadikan ijuk; Ilmu apa adik pakai, Hati yang panas menjadi sejuk.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Sapa kata padi tak bunting, Padi pulut berendam di air; Sapa kata abang tak rungsing, Suap ke mulut mata berair.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tabiat Melayu bertegur sapa, Ke mana pergi mencari kawan; Sepakat Melayu hidup bersama, Siapa dengki menjadi lawan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Zaman lampau semuanya akrab, Sarna sekampung bertegur sapa; Badan berpanau dada berkurap. Di mana mencangkung bergaru saja.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kalau memanjat pokok keranji, Buah kelapa jatuh bertandan; Kalau teringat kepada janji, Sapa-sapalah kami di jalan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Awas-awas menjala ikan, Salah menjala terjala onak; Awas-awas menyapa kawan, Salah sapa kepala bengkak.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Nak ruang ruang selasih, Jangan ditumbuk ditimba lagi; Nak buang buanglah kasih, Jangan disebut sapa lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bukan asam sebarang asam, Asam melilit di tanah raja; Bukan masam sebarang masam, Masam sebelum ditegur sapa.Kurik Kundi Merah SagaJenaka

Kembali ke atas