Anak sapi berkepala dua, Ditimbun raja tepi telaga; Buah hati abang berdua, Hendak dipilih sama serupa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Waktu menteri berjual sapi, Hamba rakyat datang menawar; Begitu isteri ditinggal laki, Tibalah umat datang melamar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Pagar buluh anggitnya jarang, Akan pemagar sapi jerasa; Dalam sepuluh jarang seorang, Hanya yang tahu menimbang rasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Berangan diisi dalam timba, Pauh tumbang di Pangkalan Sapi; Jangan mimpi gagak di rimba, Jauh panggang dari api. null null null null | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
Guruh berbunyi hari pun petang, Tupai menangis dilanggar sapi; Rusuhlah hati Datuk Lubalang, Misainya habis dicukur bini. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |