Sarat bukan sebarang sarat, Sarat sampan terasa lambatnya; Sesat bukan sebarang sesat, Sesat iman neraka tempatnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Sarat memuat ikan parang, Rehat sebentar menanti subuh; Hasrat merantau di tempat orang, Dapat menukar baju di tubuh. | Pantun Melayu Sarawak | Perantau |
Sarat Merpati membawa mengkudu, Jinak merpati makan padi; Hasrat hati melayar rindu, Tanak nasi tidak menjadi. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Sarat sampan orang berkayuh, Bila petang dia berhenti; Tuan ibarat bulan yang penuh, Dipuja orang di sana sini. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sarat sekali muatan sampan, Kerana ombak tentulah karam; Ibarat mentari dengan bulan, Cahayanya nampak siang malam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sarat sampan isinya banyak, Salah kira karamnya cepat; Sesat iman hatinya kemak, Salah bawa karam di darat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Sarat sampan berisi sagu, Sagu rumbia sedap rasanya; Sesat iman hati cemburu, Cemburu buta gelap matanya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Sarat bermuat dari seberang, Patah tiang kayu kelat; Adakah kucing cintakan musang, Ayam terbang tikus melompat. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Perahu sarat muatan daun, Sarat berisi dengan lokan; Kalau hidup sepuluh tahun, Sepanjang hayat aku nantikan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Muatan sarat beribu bungkal, Hendak berniaga negeri besar; Sayap kukerat taji kutinggal, Kiri kanan habis kucakar. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |