Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sarat;

Puisi
 

Sarat bermuat dari seberang,
     Patah tiang kayu kelat;
Adakah kucing cintakan musang,
     Ayam terbang tikus melompat.


Lihat selanjutnya...(37)

Pantun

PantunSumberTema
Sarat bukan sebarang sarat, Sarat sampan terasa lambatnya; Sesat bukan sebarang sesat, Sesat iman neraka tempatnya.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Sarat memuat ikan parang, Rehat sebentar menanti subuh; Hasrat merantau di tempat orang, Dapat menukar baju di tubuh.Pantun Melayu SarawakPerantau
Sarat Merpati membawa mengkudu, Jinak merpati makan padi; Hasrat hati melayar rindu, Tanak nasi tidak menjadi.Pantun Melayu SarawakKasih
Sarat sampan orang berkayuh, Bila petang dia berhenti; Tuan ibarat bulan yang penuh, Dipuja orang di sana sini.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sarat sekali muatan sampan, Kerana ombak tentulah karam; Ibarat mentari dengan bulan, Cahayanya nampak siang malam.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sarat sampan isinya banyak, Salah kira karamnya cepat; Sesat iman hatinya kemak, Salah bawa karam di darat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Sarat sampan berisi sagu, Sagu rumbia sedap rasanya; Sesat iman hati cemburu, Cemburu buta gelap matanya.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Sarat bermuat dari seberang, Patah tiang kayu kelat; Adakah kucing cintakan musang, Ayam terbang tikus melompat.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Perahu sarat muatan daun, Sarat berisi dengan lokan; Kalau hidup sepuluh tahun, Sepanjang hayat aku nantikan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Muatan sarat beribu bungkal, Hendak berniaga negeri besar; Sayap kukerat taji kutinggal, Kiri kanan habis kucakar.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
12345

Kembali ke atas