Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : negeri di Malaysia yg terletak di barat laut Borneo, keluasan 1 129 500 km2, Kuching sbg ibu negeri, Bumi Kenyalang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sarawak

Puisi
 

Sayang Sarawak sungainya sempit,
     Buah nanas lambung-lambungan;
Hendak kubawa perahuku sempit,
     Tinggallah emak tinggal junjungan.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Buaya setanjung makan tak habis (Sarawak).

Bermaksud :

Terlalu gemuk (tentang orang).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Di Sungai Sarawak berlombak rakit, Seri Sarawak dalam Limbungan; Hendak kubawa perahuku sempit, Tinggal kasih tinggal kenangan.Pantun Melayu SarawakKasih
Belas kasih dari Paduka, Kasih jangan disia-sia; 16 September Sarawak merdeka, Sabah Sarawak menjadikan Malaysia.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Sayang Sarawak sungainya sempit, Tuan datang dengan rombongan; Hendak kubawa perahu sempit, Tinggallah emak tinggallah junjungan.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Sayang Sarawak sungainya sempit, Buah nanas lambung-lambungan; Hendak kubawa perahuku sempit, Tinggallah emak tinggal junjungan.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Sayang Sarawak muaranya sempit, Buah rengas lagi berbunga; Hendak dibawa perahu sempit, Tinggal nama hati memuja.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Kalau tidak Sarawak sempit, Di situ juga jalan kuda; Maaf saya suaraku sakit, Ke situ juga melihat harta.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Laksa Sarawak sedap rasa, Bancuh kopi untuk saudara; Dapat digelar wira bangsa, Bertanggungjawab kepada Negara.Pantun Melayu SarawakBerkait
Muzium Sarawak menyimpan sejarah, Sejarah bersurat Sultan Brunei; Msuim kesedaran beralih arah, Semoga hidup aman damai.Pantun Melayu SarawakNasihat
Negeri Sarawak Gunung Santubong, Tempat bermain si pari-pari; Mencari katak di bawah tempurung, Jika dapat diajar menari.Pantun Melayu SarawakNasihat
Sayang Sarawak hutan meranti, Tanah paya ditanam padi; Hendak kutinggal tak sampai hati, Hendak kubawa ayah tak sudi.Pantun Melayu SarawakKasih
12345678910...

Kembali ke atas