Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. pati drpd sesuatu (makanan, buah-buahan, dll): ~ susu; 2. bahagian yg penting (drpd karangan, berita, pelajaran, dll), isi pokok; ~ kata terjemahan dialog dlm filem yg disiarkan serentak dgn tayangan filem berkenaan; inti ~ pokok, isi; 3. = serbuk (tepung) ~ Id debunga (pd tumbuh-tumbuhan); ~ bunga kelopak bunga; menyarikan 1. menghisap madu dr sari bunga (kumbang, rama-rama, dll); 2. memetik pati sahaja (drpd karangan, berita, dll), meng-ikhtisarkan; penyarian perbuatan (proses) memetik isi drpd karangan, berita, dll: ~ data. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 isi yg terbaik drpd sesuatu benĀ­da spt susu, buah-buahan: ~ susu. 2 bahagian yg terpenting drpd sesuatu karangan dll; isi. 3 = tepung (serbuk) ~ butir-butir bunga yg merupakan benih jantan; debunga pd tumbuh-tumbuhan. ~ bunga kelopak bunga yg berwarna-warni. ~ kata terjemahan dialog drpd filem asing yg terdapat pd bahagian bawah skrin. ~ salut bahagian bunga yg di sebelah luar termasuk sari bunga dan salut bunga. menyarikan 1 mengambil sari atau apa-apa yg terpenting drpd sesuatu karangan dll. 2 menghisap atau mengambil madu dan sari dr bunga (oleh kumbang dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sari (kata nama)
1. Bersinonim dengan pati: ekstrak, biang,

2. Bersinonim dengan inti: isi, inti sari, asas, pokok, akar, tonggak, umbi, tema, motif, buah, tajuk, manduk, judul,

Kata Terbitan : menyarikan,

Puisi
 

Sari manis tangguli manis,
     Manis bercampur air tebu;
Hari-hari gila menangis,
     Musim pabila kan bertemu.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Sari-sari pergi ke pasar, Jumpa barang baik dibeli; Jangan kira kecil besar, Asal barang dapat kubeli.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Sari manis tangguli manis, Manis bercampur air tebu; Hari-hari gila menangis, Musim pabila kan bertemu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dang Aisah Tandang Sari, Asal keturunan orang bangsawan; Aman makmur seanak Negeri, Pedagang datang hari tertawan.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Si cantik manis berbaju sari, Pakaian terbilang gadis rupawan; Nasi ditelan serasa duri, Keluargaku hilang dalam dakapan.Pantun Melayu SarawakKasih
Pergi berjaja naik teksi, Pekan Sari hari Selasa; Semua kerja dapat diatasi, Jika muafakat kita sebangsa.Pantun Melayu SarawakUmum
Bunga pandan jauh ke tengah, Pulau Sari bercabang dua; Buruk badan dikandung tanah, Budi baik dikenang juga.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Begitu indah alam berseri, Pakai kebaya pakai sari; Begitu cepat adik berdiri, Belum merangkak sudah berlari.Pantun Melayu SarawakUmum
Bergiat beguk Ulu Tembeling, Nampak dari Pulau Sari; Adik duduk sanggul melintang, Bagai bunga kembang pagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas