Bukan mudah berladang sawah, Sawah ladang kerjanya berat; Bukan mudah memegang amanah, Amanah hilang ditimpa laknat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Orang Bentan berbuat sawah, Sawah terisi pandan berduri; Abang hitam sangat bertuah, Satu pelanduk menyerah diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Masuk sawah padi, Berteduh bawah titi, Elok hati budi, Ibu senang hati. | Pantun Melayu Sarawak | Kiasan |
Padi di sawah belum dibebat, Pokok jati tidakkan tumbuh; Hati luka minta diubat, Merajuk hati tidakkan sembuh. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Anak lipan sawah padi, Cari makan tepi pantai; Senjata simpan dalam peti,senjata/musuh Jumpa musuh baru pakai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Turun ke sawah memikul bajak, Hendak menyemai bunting padi; Sudah terpijak bumi Allah, Di situ tempat berakhir janji. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Bukan mudah berladang sawah, Bila tak subur teruklah tulang; Bukan mudah memegang sumpah, Bila tak jujur dikutuk orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Burung serindit di sawah padi, Habis pulut dimakan tempua; Tidak sakit atau mati, Lambat laun berjumpa jua. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Itik kedek-kedek, Masuk sawah padi; Paras rupa cantik, Elok hati budi. | Pantun Melayu Sarawak | Kiasan |
Basah kuyup orang di sawah, Sedari pagi hujan berderai; Sudah cukup abang mengalah, Habis kasih badan bercerai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |