Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ya] | ساي

Definisi : 1. ganti nama diri pertama (lebih halus drpd aku), hamba: nama ~ Ahmad; 2. ya, benar: ~ encik; sahaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ya] | ساي

Definisi : 1 kata ganti nama diri pertama (lebih halus drpd aku): ~ hendak makan nasi. 2 kata yg diucapkan ketika menyahut panggilan orang; ya: ~, tuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata saya

Puisi
 

Apa diharap padi di paya,
     Padi di paya buahnya kasar;
Apa diharap pada saya,
     Saya sudah burung di sangkar.


Lihat selanjutnya...(838)
Peribahasa

Melihat riak air,
     saya sudah tahu pendayungmu.

Bermaksud :

Orang yang arif dengan segera dapat mengetahui maksud yang tercantum dalam perbuatan seseorang itu.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Pantun

PantunSumberTema
Bukan sengaja saya berkain, Saya berkain menutup tubuh; Bukan sengaja saya bermain, Saya bermain bersungguh-sungguh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa diharap padi di paya, Padi di paya buahnya kasar; Apa diharap pada saya, Saya sudah burung di sangkar.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Padi basah di dalam paya, Dibawa orang pergi ke kota; Apa nak susah kepada saya, Saya dah ada di depan mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bukan saya mengejar kolek, Saya mengejar papan tunda; Bukan saya mengharap molek, Saya mengharap budi bahasa.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Bukan saya tolak buluh, Saya tolak batang padi; Bukan saya kehendak sungguh, Saya jolok nak tengok hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Saya tidak pandai menali, Sebarang tali saya talikan; Saya tidak pandai menyanyi, Sebarang nyanyi saya nyanyikan.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Saya tidak pandai melampun, Sebarang lampun saya lampunkan; Saya tidak pandai berpantun, Sebarang pantun saya pantunkan.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Saya tidak pandai berhidang, Sebarang hidang saya hidangkan; Saya tidak pandai bergendang, Sebarang gendang saya gendangkan.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Sayalah tidak pandai meraut, Sebarang raut saya rautkan; Saya tidak pandai menyahut, Sebarang sahut saya sahutkan.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Sayalah tidak pandai berkain, Sebarang kain saya kainkan; Saya tidak pandai bermain, Sebarang main saya mainkan.Kurik Kundi Merah SagaAdat
12345678910...

Kembali ke atas