Sayangnya pinggan sudahnya retak, Diisi minyak pecah berderai; Sayang tuan berkepala botak, Kuberi minyak tiada terpakai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sayangnya pedang bergagang pendek, Hendak mencencang tiada berguna; Kupandang abang berhidung pesek, Hendak mencium sesaklah nyawa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sayangnya badik tiada tajam, Sekali belum dibawa berperang; Kupandang adik bermuka tembam, Hendak kuciumlah punya orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sayangnya cawan berisi pindang, Hendak minum menjadi susah; Sayangnya tuan bergigi panjang, Hendak mencium pipi berdarah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sayangnya bulan tiada terbit, Hingga pagi terasa kelam; Sayangnya tuan suka menggigit, Bila beristeri kan lari malam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Penat sudah orang menyayur, Sayangnya sayur tidak bergaram; Penatlah sudah abang menegur, Orang ditegur bermuka masam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sayang tempayan belum berisi, Hendak dibawa terasa penat; Sayangnya tuan belum berbini, Tidakkah tahu berasa nikmat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sayang cendawan mati meragang, Hendak disapu tercabut akar; Sayangnya tuan berbini garang, Hendak merayu takut ditampar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sayang pinggan retak seribu, Bila diisi nasinya tumpah; Sayangnya tuan ketiak berbau, Bila beristeri bininya muntah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sayang ikan pindah ke hulu, Bila ke tasik dijala orang; Sayangnya tuan dada berbulu, Bila kutilik bagai siamang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |