Patahlah sayap burung geroda, Mahu terbang terasa sakit; Apalah diharap kepada hamba, Ilmu kurang hidup pun sempit. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Patah sayap si burung helang, Kerana ditembak anak pemburu; Apalah diharap kepada abang, Hamba ini anak yatim piatu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Patah sayap burung merpati, Kerana jatuh ke pohon pinang; Apalah diharap kepada kami, Harta jauh bangsa pun kurang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Burung terbang kerana sayapnya, Sayap lemah terbang tak jauh; Terkurung orang kerana cakapnya, Cakap menyalah banyaklah musuh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Burung terbang kerana sayapnya, Sayap Iebar terbangnya tinggi; Terkurung orang kerana cakapnya, Cakap besar tunangnya mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Burung terbang kerana sayapnya, Kuat sayap terbang mengawan; Terkurung orang kerana cakapnya, Jahat cakap terbuang kawan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Burung terbang kerana sayapnya, Patah sayap jatuh ke tanah; Terkurung orang kerana cakapnya, Salah cakap runtuhlah maruah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sirih biak di tunggul buluh, Sirih menjadi sayap rerama; Kasih dibuat tidak bersungguh, Kasih di hati selama-lama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Muatan sarat beribu bungkal, Hendak berniaga negeri besar; Sayap kukerat taji kutinggal, Kiri kanan habis kucakar. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Patah atap kerana buluh, Atap dijalin dengan tali; Patah sayap bertongkat paruh, Namun undur pantang sekali. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |