| Sayur bukan sebarang sayur, Sayur lazat diberi Iada. Syukur bukan sebarang syukur, Syukur mendapat bini muda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Sayur ubi sayur keladi, Mari ramu punca kain; Tuan berbini saya berlaki, Sama-sama mencari lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Sayur labu digulai hangit, Kasi makan orang seberang; Beratus ribu bintang di langit, Tiada bulan cahaya tak terang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Sayur meranti dirampai ketola, Nasi putih dalam pinggan; Sampai hati sampai rasa, Sedang berkasih tuan tinggalkan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Sayur jangan dibiarkan lisut, Sayur lisut hilang perisanya; Syukur jangan sekadar di mulut, Syukur di mulut hilang pahalanya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Sepinggan sayur cendawan, Beri makan itik; Tampan anak pahlawan, Pintak lagi cerdik. | Pantun Melayu Sarawak | Kiasan |
| Bunga sena sayur mengkuang, Sudah dipetik jual ke kedai; Banyak tanah luas terbentang, Sudah dipajak sudah digadai. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
| Jangan berpucuk sayur bayam, Boleh dimakan dengan keladi; Jangan berkokok engkau ayam, Boleh diupah segantang padi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Apa guna sayur betik, Kalau tidak menggulai keladi; Apa guna berbini cantik, Kalau hidup tidak berbudi. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
| Gulai lemak sayur cendawan, Anak udang goreng berlada; Kasih emak sepanjang jalan, Sayang saudara sama berada. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |