Apa sebab pinangnya bongkok, Kerana patah ditimpa nyiur; Apa sebabnya abang merajuk, Kerana di rumah adik berdengkur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Apa sebab tambur binasa, Tertikam gunting besi berani; Kalau takut membuat jasa, Ambil makan nasi kompani. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Apa sebab jari di tangan? Bentangku tuan menjadi sepuluh; Biji delima mula ditanam, Peria pahit menjadi tumbuh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Apa sebab guruh di hulu, Itu tanda airnya dalam; Kalau tidak berjanji dahulu, Masakan abang berjalan malam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sebab bulan terbit pagi, Bunga pandan dalam cerana; Sebab intan datang ke mari, Nampak berlain dalam bunga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apa sebab orang menjala, Kerana asyik mencari makan; Apa sebab abang menggila, Kerana adik mandi berkemban. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Apa sebab orang berburu, Kerana itik dimakan musang; Apa sebab abang cemburu, Kerana adik berkain jarang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Apa sebab parangnya patah, Kerana tertakik urat kayu; Apa sebab abang menikah, Kerana adik kuat mencumbu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Apa sebab bergelang paun, Bambawaran gelang di kaki; Apa sebab ku teraun-raun, Pembawaan sudahlah di hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apa sebab bulan tak terang, Bulan pega di Tanjung Batik; Apa sebab apa tak datang, Abang pegang muda yang cantik. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |