Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebab apa

Puisi
 

Pukul rebab pukul rebana,
     Pukul lesung rumah Encik Ali;
Apa sebab apa kerana,
     Minta tolong syariat nabi.


Lihat selanjutnya...(11)

Pantun

PantunSumberTema
Baba nyoya membeli kana, Asam kandis asam mempelam; Apa sebab apa punca, Tuan menangis siang dan malam?Pantun Melayu SarawakKasih
Apa sebab bulan tak terang, Bulan pega di Tanjung Batik; Apa sebab apa tak datang, Abang pegang muda yang cantik.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pukul rebab pukul rebana, Pukul lesung rumah Encik Ali; Apa sebab apa kerana, Minta tolong syariat nabi.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Apa sebab orang menjala, Kerana asyik mencari makan; Apa sebab abang menggila, Kerana adik mandi berkemban.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Apa sebab orang berburu, Kerana itik dimakan musang; Apa sebab abang cemburu, Kerana adik berkain jarang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Apa sebab parangnya patah, Kerana tertakik urat kayu; Apa sebab abang menikah, Kerana adik kuat mencumbu.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Apa sebab bergelang paun, Bambawaran gelang di kaki; Apa sebab ku teraun-raun, Pembawaan sudahlah di hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa sebab tambur binasa, Tertikam gunting besi berani; Kalau takut membuat jasa, Ambil makan nasi kompani.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Apa sebab jari di tangan? Bentangku tuan menjadi sepuluh; Biji delima mula ditanam, Peria pahit menjadi tumbuh.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Apa sebab guruh di hulu, Itu tanda airnya dalam; Kalau tidak berjanji dahulu, Masakan abang berjalan malam.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas