| Sebanyak-banyak sirih melayang, Tidak menyamai sirih nan rampak; Sebanyak-banyak kasih nan sayang, Tidak menyamai kasih ibu dan bapak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Labuan tidak berbukit, Tempat menjemur buah pala; Maaf tuan bukan sedikit, Sebanyak rambut atas kepala. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Daun terap di atas bukit, Tempat menggantung buah pala; Harapnya kami bukan sedikit, Sebanyak rambut atas kepala. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Pokok terap tumbuh di bukit, Buahnya lisut dimakan kera; Harap di hati bukan sedikit, Sebanyak rambut atas kepala. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |