Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebatang

Puisi
 

Ambil sebatang membuat galah,
     Galah tercampak di tengah laman;
Kenapa duduk sebatang karah,
     Kerana abang tak mencari teman.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Enau sebatang dua sigainya.

Bermaksud :

Satu pekerjaan yang dikepalai oleh dua orang; seorang perempuan yang menduakan suaminya.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pantun

PantunSumberTema
Pandai benar tuan merokok, Lepas sebatang sebatang lagi; Pandai benar abang mengelak, Lepas seorang seorang lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tebang kayu sebatang dua, Untuk membuat perahu kolek; Abang merindu sepanjang masa, Mabuk melihat tubuh yang molek.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kututuh mari sebatang pisang, Habis menimba selara padi; Kutembak dengan peluru petunang, Naga tak kena ular tak mati.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Ambil sebatang membuat galah, Galah tercampak di tengah laman; Kenapa duduk sebatang karah, Kerana abang tak mencari teman.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Batang besar dua sebaya, Ambil sebatang membuat galah; Kalaulah abang orangnya kaya, Tidaklah abang sebatang karah.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Bukan gaharu tumbuh sebatang, Dijual orang berkati-kati; Bukan tak tahu kekasih orang, Cinta bersemadi di dalam hati.Pantun Melayu SarawakKasih
Belilah galah barang sebatang, Supaya mudah menjemur kain; Hati gelisah abang tak datang, Apakah pindah pada yang lain.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Batang kayu tinggal sebatang Putiknya jatuh dimakan ulat; Abang menunggu tinggallah tulang, Adik yang jauh manakan ingat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tiang rumah bongkok sebatang, Ke mana ditarik tidak sejudu; Abang sudah mabuk kepayang, Mengapa adik tak mahu tahu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Limau manis masak sebatang, Hendak dijolok tak ada galah; Risau hati hendak bertandang, Ke mana duduk rasa gelabah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
1234

Kembali ke atas