Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ba.ya] | سباي

Definisi : 1. seumur, sama umurnya: anak-anak muda yg ~; 2. sama (besar, tinggi, dll): rumahrumah dlm kelompok itu kelihatan ~ belaka;ditanamnya anak pisang yg hampir ~ tingginya dgn dia sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ba.ya] | سباي

Definisi : sama umurnya atau sama besarnya: Orang yg ~ dgn gadis ini sukar dicari utk dipinang dlm kampung ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebaya

Puisi
 

Laju perahu laju,
     Laju sampai Sungai Sebaya;
Buruk kain buruklah baju,
     Baru lupa kepada saya.


Lihat selanjutnya...(6)

Pantun

PantunSumberTema
Batang besar dua sebaya, Ambil sebatang membuat galah; Kalaulah abang orangnya kaya, Tidaklah abang sebatang karah.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Adat sehalaman sepermainan, Adat sebaya sama percaya; Adat bermain menjaga kawan, Adat percaya menjaga nama.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Laju perahu laju, Laju sampai Sungai Sebaya; Buruk kain buruklah baju, Baru lupa kepada saya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dari Gersik ke Surabaya, Beli terendak dari Bali; Sungguh cantik lagi sebaya, Budi tidak berjual beli.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Kacang sepat kacang melata, Kacang melata di atas kota; Orang berempat sebaya saja, Salah satu kuambil juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kayu selipat kayu di paya, Kayu mempayan condong ke padi; Keempat-empat muda sebaya, Ada seorang jatuh hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas