Adapun hajat sebenar hajat, Bila menyalah celaka badan; Adapun adat sebenar adat, Bila dirubah binasa iman. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adapun hajat sebenar hajat, Hutang nyawa membela maruah; Adapun adat sebenar adat, Pantang dipinda diubah-ubah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adapun hajat sebenar hajat, Hendak bertemu pautan hati; Adapun adat sebenar adat, Dianjak layu diumbut mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adapun hajat sebenar hajat, Sehabis daya ditunaikan juga; Adapun adat sebenar adat, Habis nyawa dipakai juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adapun hajat sebenar hajat, Tiada menyalah barang dituju; Adapun adat sebenar adat, Quran dan sunah ia menyatu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adapun hajat sebenar hajat, Hajat mencari jalan yang lurus; Adapun adat sebenar adat, Adat sejati pantang dihapus. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adapun hajat sebenar hajat, Yakin sampai ke dalam kalbu; Adapun adat sebenar adat, Makin dipakai semakin baru. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adapun hajat sebenar hajat, Idaman orang siang dan malam; Adapun adat sebenar adat, Bertiang kepada ajaran Islam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adapun hajat sebenar hajat; Ada kehendak di dalam hati; Adapun adat sebenar adat, Kepada syarak dia bersebati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Apa ada dalam cerana, Cerana berisi si bunga melur; Apalah salah hendak bertanya, Budi sebetul jalan sebenar. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |