| Singgah sebentar di Pekan Marudi, Singgah juga di Bandar Miri; Jika hidup berbhasa berbudi, Kelak dikenang di belakang hari. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Singgah sebentar di Tanjung Puteri, Sri Aman ke Kuala Baram, Tidak menyesal di belakang hari, Hidup aman lagi tenteram. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Singgah sebentar ke Kuala Kuah, Hendak membeli buah bidara; Kerajaan Malaysia sungguh pemurah, Segala kebajikan dihulur segera. | Pantun Melayu Sarawak | Budi |
| Sarat memuat ikan parang, Rehat sebentar menanti subuh; Hasrat merantau di tempat orang, Dapat menukar baju di tubuh. | Pantun Melayu Sarawak | Perantau |
| Orang Dayang memakai cincin, Singgah sebentar di Beras Basah; Alang-alang berkahwin biarlah licin, Alang-alang mandi biarlah basah. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Burung serindit terbang melayang, Singgah sebentar di pohon buluh; Wahai mari adikku sayang, Hatiku berasa haram tak luluh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Dari Brunei singgah ke Landih, Singgah sebentar di Pekan Siniawan; Hendak mencari purih-ambih, Hendak mengenal asal keturunan. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
| Sri Aman ke Kuala Baram, Singgah sebentar di Pekan Marudi; Hidup aman lagi tenteram, Jika hidup berbahasa berbudi. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Buat bekal mudik ke hulu, Singgah sebentar di Tanjung Puteri; Belum buat fikir dahulu, Tidak menyesal di belakang hari. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Dari Jeddah sampai ke Madinah, Singgah sebentar menjamu selera; Inilah padah tidak amanah, Kerana rasuah masuk penjara. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |