| Pisang emas tepi telaga, Peram di dapur masaknya tiga; Sebentuk emas sebentuk tembaga, Sudah dilebur menjadi suasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Sebentuk cincin dari suasa, Ikat permata bertambah cantik; Sudah tak bersudu oleh angsa, Barulah diberi kepada itik. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Selinsing selinduk, Anak kala memanjat pinang; Inilah cincin sebentuk, Tanda kita mengikat tunang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Cu Pandan anak bumbunya, Hendak menyerang pergi Melaka; Sebentuk cincin permata bunga, Untuk sebagai cahaya mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |