Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.bi.ji] | سبيجي

Definisi : bp betul-betul spt: filem itu ~ macam filem Mr. Os; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebiji

Puisi
 

Buah bacang sebiji bulat,
     Belum hiris masam dulu;
Tuan pergi kukirim surat,
     Belum baca menangis dulu.


Lihat selanjutnya...(59)
Peribahasa

Sebab mutiara sebiji,
     lautan yang dalam diselam orang.

Bermaksud :

Orang yang berilmu itu biar di manapun ia tinggal tetap dicari orang.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Ambil sebiji letak di tepi, Budak-budak bermain di paya; Tuan tidak ambil peduli, Tidakkah belas melihat saya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cantik sungguh buah kepayang, Masak sebiji di hujung dahan; Ditelan pahit diluah sayang, Sakit sungguh tanggungan badan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buang bacang setangkai lebat, Jatuh sebiji di birai perigi; Berapa teguh tali penambat, Burung terlepas tak balik lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah rambai buah rambutan, Masak sebiji di hujung dahan; Kalau ada mudah-mudahan, Ambillah saya dengan perlahan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah rambai buah rambutan, Masak sebiji di hujung dahan; Jangan diusik burung di hutan, Burung di rumah mati tak makan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah pauh buah bidara, Jatuh sebiji di atas peti; Tuan jauh jadi saudara, Bila dekat si jantung hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah macang buah kuini, Masak sebiji dalam daun; Mengapa begini hatiku ini, Habis bulan berganti tahun.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah keranji kulitnya hitam, Masak sebiji atas peti; Sirih pinang telah dikirim, Sebab boleh kehendak hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah berangan masak hijau, Masak sebiji di tanah rata; Luka tangan kerana pisau, Luka hati kerana kata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah beluru bermain angin, Jatuh sebiji di dalam puan; Surat sepucuk kami kirim, Kalau sudi bacalah puan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas