Belat sebuah tampun-bertampun, Lukah dilabuh di batang jati; Adat yang sudah turun-temurun, Patah tumbuh hilang berganti. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Nampak sebuah kapal perang, Rakyat banyak bukan sedikit; Kota Melaka asalnya padang, Kerana siapa jadi bukit? | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Al-kisah sebuah cerita, Cerita nelayan duduk di jeti; Kisah seorang gadis jelta, Cantik parasnya menawan hati. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Tinggi bukit gunung sebuah, Keduduk tidak berbunga lagi; Sudah mendapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Masak buah pisang lidi, Masak sebuah dengan dua; Apa rupanya kehendak hati, Cuba katakan sepatah dua. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Asak buah asam kandis, Masak sebuah dicaruk ungka; Tampak sudah si hitam manis, Bergolak naik darah ke muka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Belat di hulu-hulu sungat, Belat sebuah tampun-bertampun; Adat Melayu yang kita pakai, Adat yang sudah turun-temurun. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Datuk Bentara mudik ke hulu, Hajat membina sebuah kota; Biar mara datang bertalu, Namun cinta kugagah juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak Cina pergi ke Melaka, Pergi dengan sebuah bas; Kalau tuan cintakan saya, Surat saya mengapa tak balas? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tumbuh rotan sudah berakar, Pandan berbuah berakar juga; Tujuh lautan sudah terbakar, Sampan sebuah berlayar juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |