Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebulan

Puisi
 

Tiga ringgit angka lapan,
     Sebulan tiga puluh hari;
Kalau sama kita makan,
     Kalau tidak sama kita cari.


Lihat selanjutnya...(19)
Peribahasa

Gadai terdorong ke pajak,
     sehari sebulan juga.

Bermaksud :

Perbuatan yang terlanjur, sekalipun sedikit akibatnya sama juga dengan yang besar.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Bulan Rejab bulan Syaaban, Ular lidi memanjat daun; Hilang sekejap rasa sebulan, Hilang sebulan rasa setahun.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tiga ringgit angka lapan, Sebulan tiga puluh hari; Kalau sama kita makan, Kalau tidak sama kita cari.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Tudung saji dari seberang, Bawa belayar sebulan suntuk; Hidup mati janji dipegang, Siapa ingkar dimakan kutuk.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tiang rumah bersegi empat, Sudah berdiri sebulan penuh; Abang sudah berjanji erat, Mengapa kini berjalan jauh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tutuh pelam tutuh keranji, Tutuh sedahan lebat amat; Sebulan boleh dinanti, Setahun lambat sangat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah perang buah keranji, Buah pauh lebat sangat; Kalau sebulan boleh dinanti, Kalau setahun lambat sangat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pak Haji pergi ke pekan, Hujan lebat tak jadi belayar; Gaji sebulan tak cukup makan, Hutang bertambah bila nak bayar.Pantun Melayu SarawakNasihat
Tegak jalan ke pekan Meranti, Letak pitis di punca kain; Kalau sebulan dapat dinanti, Kalau setahun baik dicari lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hari Rejab bulan Syaaban, Tidak hari bertukar tahun; Jikalah sekejap rasa sebulan, Tidakkah sehari rasa setahun?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Batang dedap dibuat sampan, Makan nasi ulamnya daun; Hilang sekejap rasa sebulan, Hilang sehari rasa setahun.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas