Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata secupak

Puisi
 

Sayang selasih direndam renggang,
     Rendam secupak menjadi segantang;
Dahulu kasih bukan kepalang,
     Sekarang menjadi harimau garang.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Yang sehasta takkan jadi sedepa.

Bermaksud :

Sesuatu yang tidak dapat diubah lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Yang secupak [= sesukat] takkan jadi segantang, b. Yang sejengkal tidak dapat jadi sedepa).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Kalau secupak sama secupak, Bila segantang sama segantang; Kalau tercampak sama tercampak, Kalau berhutang sama berhutang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Secupak dua cupak, Empat cupak jadi segantang; Kalau tak dengar cakap mak bapak, Kaki lima badan seorang.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Gantang besar secupak kayu, Diberi hulu papan selerang; Pantangan besar anak Melayu, Diberi malu di depan orang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Padang kundur padang terap, Padi secupak jual di pekan; Sedang tidur tidak lelap, Anak didodoi lapar tak makan.Pantun Melayu SarawakNasib
Sayang selasih direndam renggang, Rendam secupak menjadi segantang; Dahulu kasih bukan kepalang, Sekarang menjadi harimau garang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Rendam selasih rendam semarang, Rendam secupak jadi segantang; Dulu kasih malam dan siang, Kini menjadi harimau garang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sangatlah sayang juak selasih, Sangatlah sayang juak selasih, Rendam secupak menjadi segantang; Sekiralah dulu juaklah kasih, Dahululah kasih bukan kepalang, Sekarang menjadi harimau garang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak ayam baru berkepak, Mari patuk burung balam; Bawa garam cuma secupak, Takkan masin air di kolam.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Kapal datang dari seberang, Naik ke darat membeli kapak; Sudah nasib badan seorang, Beras segantang tinggal secupak.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran

Kembali ke atas